PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN

i. Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
 
a. Kelebihan
• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
• Cepat memilih pemenang;
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
• Seronok untuk ditonton; dan
• Penyertaan ramai.
 
b. Kelemahan
• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik;
• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan
• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain.

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Cara ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye).

Category: 0 comments

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

i. Masa Permainan
Permainan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandungi masa 10 minit setiap waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10 minit).
• 10 Minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh masa perlawanan.

ii. Permulaan Permainan :
• Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan.
• Permainan hendaklah dimulakan pengadil dengan “Jump Ball” di bulatantengah.

iii. “Jump Ball”
• “Jump Ball” diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan pengadil melambungkan bola di bulatan tengah.

iv. Jaringan Gol :
• Jaringan gol dihasilkan bila bola hidup (dalam permainan) memasuki keranjang.
• Pasukan yang menjaringkan gol dapat 2 mata, 3 mata bagi jaringan gol dalam kawasan 3 mata . (3 mata tidak diperuntukkan dalam bola keranjang mini.)
• Pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran dalam.

v. Jaringan Bebas :
• Dua atau tiga jaringan bebas diberikan kepada seseorang pemain yang telah difoulkan semasa dia hendak menjaringkan gol.
• Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas dikira 1 mata.

vi. Bola Keluar :
• Bola dikira keluar apabila ia terkena lantai atau benda-benda lain di luar gelanggang.

vii. Lontaran Ke Dalam :
• Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar batasan di tempat yang ditunjuk oleh pengadil dalam masa 5 saat.

viii. Pemain di luar batasan gelanggang :
• Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia menyentuh batasan sama ada di atas atau di luar garisan
• Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh seseorang pemain di luar batasan gelanggang.

ix. Peraturan 3 saat
• Seseorang pemain ditegah berada di dalam kawasan larangan pasukan
• Lawannya lebih dari tiga saat bila pasukannya sedang menguasai bola.

x. Peraturan 5 saat :
• Seseorang pemain yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar, menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat dikira perlanggaran peraturan.

xi. Peraturan 8 saat :
• Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh mengawal atau menguasai bola di lapangan belakang gelanggang lebih dari 8 saat.

xii. Peraturan 24 saat :
• Pasukan yang menguasai bola hendaklah cuba melakukan jaringan gol dalam tempoh 24 saat.
• Jaringan gol yang tidak kena “ring” akan dikira tidak berjaya dan 24 saat akan diteruskan.

xiii. Time-out
• Waktu pertama dan waktu kedua mempunyai 2 kali time-out.
• Waktu ketiga dan waktu keempat mempunyai 3 kali time-out.

ixx. Kesalahan (Foul)
• Setiap pemain cuma boleh lakukan lima kali kesalahan .

xx. Lontaran Masuk Bergilir-gilir ( Alternative Possession Procedure)
• Permainan dimulakan dengan satu kali “Jump Ball” sahaja.
• Sekiranya berlaku “Jump Ball” kedua pasukan akan mengambil giliran untuk melakukan lontaran masuk.

Category: 1 comments

GELANGGANG BOLA KERANJANG


Permukaan gelangggang bola keranjang diperbuat daripada kayu,simen atau barang permukaan sintetik yang sesuai yang membolahkan bola melantun dengan baik dan kosisten.

Category: 0 comments

LATAR BELAKANG BOLA KERANJANG

      
         Permainan bola keranjang dicipta oleh seorang jurulatih pendidikan jasmani bernama Dr. James Naismith pada tahun 1891 dan mula dimainkan di bandar Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat. Bakul atau gol ini asalnya merupakan bakul buah-buahan yang dipasang pada ketinggian lebih kurang 3 meter. Pada tahun 1906 gelung besi pula digunakan. Ini diikuti dengan penggunaan papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola. 
           Bola keranjang diterima sebagai salah satu acara sukan di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936. Pasukan Amerika Syarikat menjuarai acara ini pada setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1972 (dikalahkan oleh USSR, dengan 1 mata pada saat akhir) dan 1988 (apabila dikalahkan oleh Rusia pada peringkat separuh akhir). Pada tahun 1980 USA tidak mengambil bahagian di Moscow. Bola keranjang wanita mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976. 
           Permainan ini diperkenalkan di negara kita pada tahun 1929 oleh orang Inggeris. Hanya beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama sahaja menerima permainan baru ini. Perkembangan sukan ini cuma terbukti selepas Perang Dunia Ke-2. Pihak Inggeris memperkenalkan permainan ini di kampung-kampung baru yang dibentuk pada masa darurat. Lama-kelamaan permainan ini diminati ramai, terutama kaum Cina di kampung-kampung baru. 
        Di peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan Pesta Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan yang pertama pada tahun 1967. Penglibatan sekolah di dalam permainan ini kian mendapat perhatian dengan bermulanya Pesta Bola Keranjang MSSM.
Permainan bola keranjang menjadi lebih popular di kalangan murid-murid sekolah dengan adanya bantuan daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dan pihak sekolah sendiri. 
             Pada tahun 1958 MABA (MALAYAN AMATEUR BASKETBALL ASSOCIATION) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri merebut Piala Agung dianjurkan di Kuala Lumpur. Pada tahun 1959, MABA menjadi ahli FIBA ( FEDERATION OF INTERNATIONAL BASKETBALL ASSOCIATION ). Nama Malayan Amateur Basketball Association ditukar ke Malaysian Amateur Basketball Association dan digunapakai mulai tahun 1964. Pada tahun 1968, MABA melancarkan undang-undang Bola Keranjang FIBA dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Melayu.
          Kejohanan Bola Keranjang Mini yang pertama diadakan pada tahun 1970. Pada tahun seterusnya MABA telah mempunyai bangunan 12 tingkat yang dilengkapi asrama, perpustakaan, dewan dan gelanggang untuk tujuan latihan, seminar dan menganjurkan pertandingan yang bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.       Kos pembinaan menelan belanja lebih kurang RM 5 juta.
           Pada tahun 1973, Kejohanan Bola Keranjang Bukan Cina dianjurkan di Kuala Lumpur dan MABA sekali lagi menukar nama dari Malaysian Amateur Basketball Association ke Malaysian Basketball Association. Mulai tahun 1991, Kejohanan Bola Keranjang umur 16 tahun dan ke bawah MILO Lum Mun Chak mula dipertandingkan sehingga ke hari ini.

Category: 1 comments